Pahang Go Sdn Bhd adalah sebuah badan pengawalselia yang ditubuhkan bagi menyeragamkan, mengawasi, dan menguruskan pembangunan dan implimentasi Blueprint Ekonomi Digital Negeri Pahang.
Menggabungkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk meningkatkan kualiti dan prestasi perkhidmatan bandar seperti tenaga, pengangkutan dan utiliti.
Digitalisasi kutipan hasil Negeri Pahang pada majlis tempatan dan GLC Negeri. Ini termasuk e-Lesen, e-Parking, e-Perumahan, e-Perolehan, e-Ticketing, e-Sewa, e-Payment dan banyak lagi.
Kami berusaha untuk memberikan peluang dan infrastruktur seperti akses e-pasar, inkubator dan ekosistem teknologi untuk membawa pengusaha kraftangan, ternakan dan PKS Pahang ke peringkat global.
Kami berusaha untuk menjadi penyedia utama sambungan internet, perkongsian data maya dan juga konten digital Pahang. Ini termasuk Pusat Pemulihan Bencana dan perkhidmatan terurus di seluruh Negeri Pahang dan negeri jiran.