Penganalisa Perniagaan


Kami membuka peluang pekerjaan bagi individu yang berkelayakan untuk menyertai syarikat kami sebagai Penganalisa Perniagaan di Kuantan, Pahang! 

Kelebihan Tugas
  • Mendapat pendedahan terhadap trend pasaran semasa.
  • Dapat meningkatkan pembelajaran dan pengalaman dalam analisa, perancangan, pelaksanaan dan penyelengaraan.
  • Peluang pemabangunan kerjaya yang progresif dan pantas.


Jawatan

Penganalisa Perniagaan (BA) akan bertangungjawab untuk menganalisa keperluan perniagaan dari pihak berkepentingan untuk mengenal pasti masalah dan mencadangkan penyelesaian. BA akan bertindak sebagai penghubung di antara pihak berkepentingan bagi mendapatkan dan mengumpulkan, menganalisis, berkomunikasi dan mengesahkan keperluan untuk perubahan proses perniagaan, polisi dan sistem maklumat, di dalam kitaran hidup pembangunan sistem (SDLC).

BA juga perlu memahami masalah dan mengenalpasti peluang di dalam perniagaan di dalam konteks keperluan projek dan mengesyorkan penyelesaian yang membolehkan organisasi mencapai matlamatnya.

Aktiviti

BA perlu melaksanakan dan mengambil bahagian di dalam aktiviti berikut :

  • Membimbing pihak berkepentingan dalam merancang projek dengan menggunakan pendekatan yang lebih efektif dan efisyen untuk mencapai objektif.
  • Mengenalpasti dan menyelesaikan isu-isu projek
  • Berhubung dengan lain-lain projek untuk mengkordinasi pergantungan antara projek dan menyelesaikan isu-isu yang timbul.
  • Berkomunikasi dengan pelbagai unit perniagaan untuk menentukan keperluan projek dan menyelesaikan isu-isu yang timbul.
  • Mengenalpasti peluang untuk meningkatkan proses perniagaan.
  • Mengenalpasti dan mengesahkan keperluan bisnes.
  • Menganalisis dan memetakan proses perniagaan semasa dan akan datang.
  • Menganalisis data dan proses untuk mengenalpasti jurang atau melaksanakan proses atau memetakan data .
  • Menyediakan dan mengemukakan input untuk kes perniagaan, penilaian kebolehlaksanaan dan sebagainya .
  • Menghasilkan dokumentasi yang berkualiti tinggi.
  • Membuat laporan isu dan status kepada Ketua Pembangunan Perniagaan. Menyumbang kepada senibina pembangunan perusahaan dari perspektif keperluan perniagaan.
     

Pencapaian

BA perlu menyediakan dan membantu dalam penyediaan pencapaian seperti berikut:

  • Keperluan Perniagaan perlu merangkumi spesifikasi yang diperlukan oleh perniagaan. Perkara ini selalunya dinyatakan perspektif luas tentang keperluan perniagaan tersebut, bukan pula dari perspektif fungsi tertentu yang mungkin dilakukan oleh sistem. Elemen reka bentuk yang spesifik juga selalunya berada di luar skop dokumen ini. Bagaimanapun, reka bentuk yang standard akan dirujuk.
  • Keperluan Berfungsi akan menerangkan sistem, proses, produk / servis yang mesti dilakukan untuk memenuhi keperluan perniagaan. Perlu maklum bahawa keperluan perniagaan boleh dan sering dibahagikan kepada keperluan sub perniagaan dan banyak lagi keperluan berfungsi. Ini juga dikenali sebagai Keperluan Sistem.
  • Keperluan Bukan Fungsi adalah keperluan yang tidak dapat dipenuhi oleh fungsi yang spesifik, seperti prestasi, skalabiliti, keselamatan dan kebolehgunaan. Faktor- faktor ini sering dimasukkan dalam Keperluan Sistem, di mana ia boleh dipakai. Spesifikasi laporan adalah laporan keperluan seperti tujuan laporan, justifikasi laporan, atribut laporan dan lajur, atau jangka masa parameter.

 

Mohon Sekarang
0/2000
Beritahu kami tentang diri anda. Dari mana kamu berasal. Apa latar belakang pendidikan dan pekerjaan anda. Apa yang anda boleh sumbangkan kepada Pahang Go. Pendek kata - kagumkan kami di sini.
Muat naik CV / Resume / Portfolio anda.